Denda maksimum RM50,000 jika abai undang-undang diskriminasi tempat kerja

Kuala Lumpur, Okt 16.
Majikan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 jika didapati gagal mematuhi keputusan Ketua Pengarah Tenaga Kerja berkaitan diskriminasi di tempat kerja.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata kerajaan mengambil berat mengenai diskriminasi di tempat kerja, khususnya bagi individu yang mempunyai ketidakupayaan sama ada secara fizikal ataupun mental.

Katanya, pindaan sudah dibuat ke atas Akta Kerja 1955 berkuat kuasa 1 Januari 2023.

“Satu peruntukan baharu iaitu seksyen 69F dimasukkan ke dalam akta itu yang mana Ketua Pengarah Tenaga Kerja diberi kuasa mendengar dan memutuskan sebarang pertikaian berkaitan isu diskriminasi berkaitan pekerjaan,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here