Satu panggilan telefon, guru rugi RM300,000

Kuantan, Nov 22.
Bermula dengan satu panggilan telefon, seorang guru wanita menanggung beban hutang yang tinggi selepas mendakwa dirinya diperdaya untuk membuat pinjaman bank oleh sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 34 tahun itu menerima panggilan telefon pada pertengahan Oktober lepas, mengaku sebagai wakil syarikat penghantaran memaklumkan terdapat bungkusan didaftarkan dengan nama mangsa telah ditahan polis.

Suspek mendakwa bungkusan itu bermasalah kerana mengandungi dokumen penting seperti kad pengenalan, buku cek dan kad kredit menyebabkan mangsa perlu berurusan dengan polis bagi mendapatkan bungkusan tersebut.

“Mangsa mendakwa dirinya telah bercakap dengan pegawai polis di Pulau Pinang sebelum disambungkan ke Bukit Aman memandangkan bungkusan itu berkait dengan kes dadah dan wang haram,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Yahaya berkata mangsa yang panik telah mengikut arahan untuk memindahkan wang ke akaun diberikan suspek selain turut membuat pinjaman di sebuah bank, juga mengikut arahan suspek sebelum diarahkan untuk berkongsi maklumat perbankan itu.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here