Memiliki 6 pasport antarabangsa palsu – Lelaki warga Bangladesh ditahan

Johor Bahru, Jan 05.
Seorang warga Bangladesh ditahan bersama beberapa pasport antarabangsa palsu dalam Ops Serkap Jabatan Imigresen Johor di Taman Abad di sini, malam tadi.

Pengarah, Baharuddin Tahir, berkata operasi pada 9.10 malam itu adalah hasil maklumat awam dan risikan.

Beliau berkata, serbuan ke atas kedai makan itu, seorang juruwang warga Bangladesh ditahan selepas didapati memiliki pasport antarabangsa palsu pelbagai negara.

Menurutnya, tiga bungkusan plastik merah yang mengandungi enam pasport warga Bangladesh dan India ditemukan di dalam laci di sebuah bilik berkunci di kedai makan berkenaan.”Keseluruhan tiga lelaki warga Bangladesh termasuk juruwang berkenaan dan dua perempuan warga Indonesia yang bekerja di kedai makan berkenaan ditahan.

Mereka berusia antara 22 hingga 45 tahun dan dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen, katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, dua lagi warga Bangladesh ditahan di bawah Peraturan 17(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang dikeluarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here