Kedai usang di Pekan Bestari Jaya menjadi ancaman kepada orang ramai

P.R.Jayaseelan

Bestari Jaya, 8 Jan –
Sebuah kedai usang di jalan utama di pertengahan Pekan Bestari Jaya (dahulu Batang Berjuntai) berada dalam keadaan membimbangkan orang ramai.

Seorang penduduk di kawasan itu, Thomas Mathai berkata, kedai papan dua tingkat yang terletak di jalan utama yang merupakan kawasan sibuk itu berusia kira-kira 50 tahun, dan papan di tingkat atas sudah rosak. Beliau mengulast bahawa zink di atas bumbung bangunan itu berada dalam keadaan bergantung dan tidak dapat dipastikan bila ia akan jatuh.
Thomas berkata walaupun semua kedai lain dalam barisan itu telah dinaik taraf kepada bangunan batu, hanya kedai ini sahaja berada dengan bangunan papan dan terbiar selama bertahun-tahun tanpa penyelenggaraan. Keadaan bangunan itu nampak amat bahaya bagi pejalan kaki dan kenderaan yang melalui kawasan kedai itu.

Beliau berkata bahawa banyak pihak telah memaklumkan perkara ini kepada Majlis Perbandaran Kuala Selanggor dan mengesa pihak Majlis Perbandaran mengambil tindakan segera. Thomas meminta tindakan segera perlu diambil untuk menaik taraf kedai atau memasang pagar keselamatan di sekeliling kawasan bangunan kedai itu bagi mengelak orang ramai mendekatinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here