Sanusi ‘menghadap’ SPRM berkait isu rasuah RM6 juta

Kuala Lumpur, Jan 11.
Menteri Besar Kedah Sanusi Nor hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, hari ini untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan persatuan bola sepak.

Sanusi yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tiba kira-kira 8.30 pagi. Pada 9 Jan lalu, media melaporkan menteri besar sebuah negeri di utara akan dipanggil SPRM berkait isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan persatuan bola sepak.

Menurut sumber, siasatan membabitkan kes rasuah itu dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan mendapat projek di negeri berkenaan jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak tersebut.

Namun, selepas kontraktor-kontraktor ini menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan, mereka tidak menerima sebarang projek sebagaimana dijanjikan individu terbabit, kata sumber itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here