Derita S. Arjunan dapat perhatian PERKESO

Klang, Feb 19.
Penderitaan seorang bekas penyelia di sebuah syarikat swasta yang terlantar akibat kemalangan jalan raya mendapat perhatian Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Arjunan Sellaperumal, 59, menerima kunjungan Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, Papparaidu Veraman dan Pengurus Pejabat PERKESO Klang, Thavamani Ramalingam.

PERKESO dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal pulang dari tempat kerja ke rumah pada 4 Oktober 2022 lalu.

“Berdasarkan siasatan Arjunan dilanggar sebuah kereta di Jalan Klang-Banting ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dan mengalami kecederaan teruk di kepala.

“Kemalangan turut menyebabkan dia tidak dapat bekerja serta hilang pendapatan dan kini dijaga isterinya, Puspah Periasamy yang berusia 53 tahun,” kata kenyataan itu di laman Facebook.

————————-

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here