Jangan main isu politik, pecah belahkan rakyat

Kuala Lipis,Mac.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengingatkan pemimpin di negeri itu supaya mengelak daripada memainkan isu politik yang boleh memecah belahkan perpaduan rakyat.

Baginda bertitah parti politik hanyalah ‘halaman’ kepada amalan demokrasi kepada pentadbiran negara dan negeri, justeru parti politik tidak seharusnya dibiarkan menjadi pemecah perpadun rakyat.

“Jangan disebabkan politik, rakyat saya berpecah-belah dan bertelagah.Tidak ada apa-apa yang lebih menggembirakan saya daripada melihat rakyat yang dikasihi hidup dalam suasana sejahtera, aman dan bersatu padu,” titah baginda di Dataran Santuari Kampung Tanjung Gahai di sini selepas menamatkan Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 yang berlangsung empat hari bermula Ahad lepas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here