Masalah kesihatan mental kanak-kanak makin meningkat

Kuala Lumpur, July-
Masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berumur 5 hingga 15 tahun sudah meningkat kepada 16.5 peratus atau 922, 318 tahun lalu daripada 7.9 peratus atau 424, 000 pada 2019.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia berdasarkan tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ini adalah peningkatan sebanyak dua kali ganda,” katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Datuk Dr Zulkaferi Hanapi (Bebas – Tanjung Karang) mengenai data dan pelan tindakan KKM bagi menangani isu kesihatan mental di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Bagi menangani isu yang amat membimbangkan itu, Dr Dzulkefly berkata, pihaknya sudah melaksana Program Minda Sihat Sekolah iaitu kolaborasi di antara KKM dan Kementerian Pendidikan (KPM) yang dilaksanakan di 2,456 sekolah menengah dan 7,776 sekolah rendah.KKM juga menyediakan perkhidmatan kesihatan mental yang boleh diakses di 1,088 Klinik Kesihatan, 63 hospital, dan 37 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI).

“(Turut dilaksanakan) perluasan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial melalui penempatan 200 Pegawai Psikologi (Kaunseling) Contract For Service (CFS) di daerah dan Klinik Kesihatan,” katanya.

Katanya, KKM juga berusaha meningkatkan bilangan pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja kepada 30 orang menjelang 2027, berbanding 18 pakar yang ada di hospital KKM setakat ini.

KKM juga menyediakan perkhidmatan kesihatan mental yang boleh diakses di 1,088 Klinik Kesihatan, 63 hospital, dan 37 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI).

“(Turut dilaksanakan) perluasan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial melalui penempatan 200 Pegawai Psikologi (Kaunseling) Contract For Service (CFS) di daerah dan Klinik Kesihatan,” katanya.

Katanya, KKM juga berusaha meningkatkan bilangan pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja kepada 30 orang menjelang 2027, berbanding 18 pakar yang ada di hospital KKM setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here