Tindakan lebih berat perlukan tangani buli siber

Kuala Lumpur, Julai-
Perlu ada tindakan undang-undang yang lebih berat untuk tangani buli siber, tegas Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

“Kalau hanya diberikan denda RM100 kemudian yang terlibat itu keluar dari mahkamah dengan senyum selamba, itu tentu menghiris perasaan keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita. Saifuddin berkata perkara ini akan dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri, yang akan bermesyuarat esok.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melaporkan kepada Dewan Rakyat bahawa kerajaan akan meneliti keperluan menggubal undang-undang bagi menangani buli siber.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here