Penukaran agama unilateral: Rayuan tak akan berjaya

Loh Siew Hong ,35,

Putrajaya, Mac-
Pihak berkuasa Perlis tidak dibenarkan mencabar keputusan yang membatalkan pengislaman tiga anak Loh Siew Hong kerana rayuan itu pasti akan gagal, menurut Mahkamah Persekutuan.

“Secara prima facie, rayuan itu tidak menunjukkan dapat berjaya, dan permohonan untuk izin mengemukakan rayuan ditolak,” kata Hakim Nalini Patmanathan dalam alasan penghakiman yang dibacakan pada Isnin.Usul itu difailkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), pendaftar mualaf Perlis, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin dan kerajaan negeri.

Ketika membacakan keputusan sebulat suara mahkamah, Nalini berkata intipati rayuan yang mahu dibangkitkan pemohon melibatkan ketepatan dan kebolehgunaan keputusan mahkamah tertinggi itu dalam kes melibatkan M. Indira Gandhi, tujuh tahun lalu.

“(Kes) Indira Gandhi memutuskan bahawa izin kedua-dua ibu bapa diperlukan untuk penukaran agama kanak-kanak bawah umur menjadi sah di sisi undang-undang.

“Dalam erti kata lain, apabila seorang kanak-kanak bawah umur ditukarkan agama secara unilateral (iaitu oleh seorang ibu atau bapa tanpa izin seorang lagi daripadanya), penukaran agama itu terbatal dan mesti diketepikan,” menurut hakim berkenaan.

Nalini berkata, jika mahkamah menerima hujah pemohon, ini akan menterbalikkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi dan menggalakkan amalan tidak berperlembagaan, iaitu penukaran agama secara unilateral, diteruskan.

Semakan kes itu akan didengar pada 8 April.

Loh mengahwini M. Nagahswaran pada 2008 yang ketika itu beragama Hindu. Mereka dikurniakan tiga anak – kembar perempuan yang lahir pada 2008, dan anak lelaki tiga tahun kemudian.

Antara Mac 2019 hingga Februari 2022, Loh terpisah daripada anak-anaknya selepas didera secara fizikal oleh Nagahswaran dan dipaksa keluar dari rumah kelamin.

Pada Disember 2019, Loh memfailkan perceraian, dan memperoleh perintah mahkamah interim sebulan kemudian yang memberikannya hak penjagaan penuh terhadap tiga anak itu. Bagaimanapun, Nagahswaran enggan mematuhi perintah berkenaan.

Pada 7 Julai 2020, Nagahswaran memeluk Islam dan cuba menukarkan agama tiga anaknya menurut Fmt.

MAIPs kemudian mengesahkan kepada Loh bahawa tiga anak itu telah ditukarkan agama dengan izin bapa mereka, mengikut Seksyen 117(b) Enakmen Pentadbiran Islam Perlis yang didakwa mereka membenarkan perbuatan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here