Cubaan dekati Sultan Perak : Wanita diperintah jalani rawatan lanjut sebulan di Hospital Bahagia

Ipoh, Sep-

Wanita yang ditahan selepas bertindak naik ke pentas utama untuk mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah ketika Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada 31 Ogos lalu, diperintah menjalani rawatan lanjut selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Perintah terhadap tertuduh, Nurhaswani Afni Mohamad Zorki, 41 tahun, itu dikeluarkan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

Bagaimana tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 8 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa telah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Nazrin Shah, di hadapan Bangunan Dewan Bandaran Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, kira-kira jam 8.20, pada 31 Ogos lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here