Kota Bharu, Sep-
Hampir dua juta pengguna jalan raya bakal disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) susulan kegagalan menjelaskan saman tertunggak atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata kesalahan itu membabitkan saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115).
Selain berisiko disenarai hitam, kompaun yang dikenakan juga akan dinaikkan kepada RM300 selain berhadapan pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).
“Justeru, mereka yang memiliki saman terbabit seharusnya mengambil peluang membuat pembayaran melalui tawaran kompaun khas dengan kadar rata RM150 bagi tiga kesalahan yang dilancarkan pada awal Januari lalu hingga akhir Disember ini.
“Mengikut laporan statistik bermula Januari sehingga semalam, sebanyak lebih 1.45 juta saman membabitkan Notis saman AWAS diikuti notis 114 sejumlah 296,684 dan notis 115 iaitu sebanyak 164,598.




















