Kuala Lumpur, Apr.
Charles Santiago daripada DAP mengkritik kerajaan melayan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) seperti “anak angkat” susulan pemindahannya daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Kementerian Perpaduan Negara sejak 2018.
Bekas Ahli Parlimen Klang itu berkata, pemindahan berulang kali Mitra memenatkan dan menghina masyarakat India tempatan.
“Mitra dilayan seperti anak angkat. Tiada siapa mahukannya. Ramai hilang kepercayaan dengan pemindahan berulang itu, menyebabkan timbul rasa kurang yakin masyarakat India terhadap kerajaan,” katanya kepada FMT.
Santiago berkata, pemindahan skop itu akan menjejaskan operasi Mitra dan ia sudah terlambat apabila rancangannya dilancarkan. Menurutnya, objektif awal Mitra untuk mengubah dan meningkatkan kaum India dalam segmen pendapatan B40, di mana Pelan Tindakan Masyarakat India jelas menggariskan isu dihadapi dan strategi menyelesaikannya.
Malangnya, beliau berkata, pelan tindakan itu belum dilaksanakan.
“Pemindahan berulang Mitra (antara JPM dan Kementerian Perpaduan Negara) juga menunjukkan tiada kepimpinan India yang boleh bertanggungjawab terhadapnya.”




















