Pekerja asing maut jatuh bangunan

Bayan Lepas, Okt-
Seorang pekerja asing lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat lapan sebuah bangunan di tapak pembinaan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa dilapor parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang berkata, susulan itu sepasukan pegawai penyiasat JKKP ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan sebaik menerima maklumat kes berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang pekerja kontraktor yang dilantik menjalankan kerja mengecat dan plaster di tapak pembinaan itu.

“Lelaki itu dilapor terjatuh dari tingkat lapan ketika sedang melompat keluar dari gondola (akses gantung sementara) ke tingkat lapan.

“Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here