Kerja pembaikan cerun di Jalan Tun Sardon siap, jimat RM3.170 juta

Kerja-kerja pembaikan cerun-cerun berisiko tinggi di sepanjang Jalan Tun Sardon yang menghubungkan kawasan Relau ke Balik Pulau, siap sepenuhnya pada 9 Mac 2020 iaitu 16 hari lebih awal daripada jadual asal.

Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan banjir, Zairil Khir Johari berkata, kerja-kerja pembaikan tersebut adalah termasuk mengukuhkan cerun menggunakan teknik ‘soil nailing’.

“Kaedah atau teknik pembaikan yang digunakan adalah secara ‘soil nailing with guniting’ yang mana ia boleh mencegah kejadian tanah runtuh dengan memasukkan besi tetulang keluli ke dalam tanah dan kawasan-kawasan sekitarnya.

“Projek pembaikan cerun tersebut merupakan salah satu projek yang mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berjiwa rakyat dan peka terhadap keperluan infrastruktur rakyat negeri Pulau Pinang dan penduduk di sekitar kawasan Balik Pulau.

“(Dan) kita (Kerajaan Negeri) akan terus komited dalam memastikan kemaslahatan rakyat termasuk memberi perhatian khusus terhadap projek-projek kritikal,” katanya.

Selain cerun di Jalan Tun Sardon, Zairil turut memaklumkan terdapat tiga lagi kerja-kerja pembaikan cerun yang masih dijalankan iaitu di KM 1.2 Jalan Jeep; Jalan Bukit Gambir dan di P12, Daerah Barat Daya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here