Satu dunia tak boleh akses YouTube

video gergasi, YouTube ketika ini dilapor menghadapi masalah tidak boleh diakses penggunanya dan masalah itu dipercayai berlaku di seluruh dunia.

YouTube menerusi akaun rasmi TeamYouTube di Twitter mengesahkan perkara ini, namun laman itu didapati sudah boleh diakses semula kira-kira satu jam kemudian.

Status itu dimuat naik kira-kira jam 8.30 pagi tadi lalu dikongsi pengguna sehinggakan trending #YouTubeDOWN di tempat pertama.

Platform perkongsian video dalam talian itu pada 17 Oktober 2018 juga pernah berhadapan masalah sama dan boleh dikasesk semula pengguna selepas lebih satu jam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here