PENCAPAIAN SEKOLAH LADANG BAGAN DATOK DI ARENA ANTARABANGSA

Bagan Datok, 20 Julai-

Sekolah Jenis Kebangsaan Bagan Dato Tamil / Telugu adalah sekolah ladang yang terletak di kawasan Bagan Datok. Sebilangan besar pelajar di sekolah ini berasal dari latar belakang perladangan.

Pada zaman dunia pendidikan berkembang pesat sejajar dengan teknologi, guru sekolah bertungkus lumus berusaha untuk pelajar menempuh pelbagai cabaran.  

Sehubungan dengan itu,  Akademi Guru Darulaman dengan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Kerajaan Kedah menganjurkan Pameran Online dan Pertandingan Inovasi Antarabangsa Darulaman 2021 dari bulan Jun hingga Julai.

Keputusan pertandingan itu telah diumumkan pada 5 dan 6 Julai ini dengan 353 peserta melibatkan diri dari dalam dan luar negara. Hasil usaha guru bimbingan Janani Palanisamy dan guru Rekha Krishnan membuat karya inovatif yang bertajuk ‘Edu King’ memenangi pingat perak di peringkat antarabangsa.

 

 

 

 

 

 

Penemuan ini dicipta dengan tujuan untuk meningkatkan cara pelajar mengambil kira kemahiran yang berkaitan dengan peraturan asas matematik.

Penciptaan inovasi ini suatu penemuana baharu dalam usaha mengajar matematik melalui aktiviti-aktivi harian dengan cara menyeronokan murid-murid supaya dapat membuahkan hasil fikiran yang baik.

Permainan ‘Edu King’ memotivasi pelajar untuk menemui butiran penting dalam soalan matematik yang bermasalah dalam waktu yang singkat dan untuk mengemukakan soalan dengan cepat. Ia juga membolehkan pelajar mengemukakan soalan matematik melalui penilaian kendiri dan guru untuk membantu pelajar menilai diri mereka sendiri.

Permainan ini memastikan bahawa minat pelajar terhadap subjek matematik meningkat. Pelajar juga belajar cara mencari rujukan atau kata kunci dalam soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui permainan ini.

Sistem permainan Edu King telah membuktikan bahawa matematik juga dapat diajar dengan semudah yang dikehendaki oleh pelajar.

Di samping itu, pasangan guru Janani dan Rekha memenangi tempat pertama dan kedua dalam pertandingan inovasi baru-baru ini yang dianjurkan oleh Daerah Bagan Datok bersama dengan Negeri Perak menambahkan lagi kebanggaan kepada sekolah.

Guru besar sekolah Meena Iyawu mengucapkan tahniah dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada para pelajar yang memenangi pingat perak dan mengharumkan nama sekolah. Selain daripada itu,  guru-guru yang membimbing kejayaan mereka dan ibu bapa yang menyumbang kepada kejayaan mereka turut disanjung tinggi oleh guru besar sekolah.

Guru dan ibu bapa sekolah mengatakan bahawa kepimpinan dan dorongan guru besar yang sangat baik adalah tunjang utama kejayaan sekolah.

Puan Meena Iyawu, Guru Besar sekolah, Puan Parvathi Subramaniam, Penolong Guru Besar dan semua ahli Persatuan Ibu Bapa Guru sekolah mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang tulus atas sokongan mereka terhadap kemenangan penemuan inovasi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here