Bukit Aman sedang menyiasat dakwaan bahawa PM campur ​dalam kes mahkamah

Polis membuka kertas inkuiri terhadap laporan yang diterima berkaitan kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengenai tekanan supaya mencampuri urusan mahkamah bagi membebaskan individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, siasatan akan dijalankan berhubung laporan yang diterima.

Setakat ini 10 laporan polis diterima berkaitan kenyataan tersebut dan tiada lagi mana-mana pihak atau saksi yang dipanggil. Polis akan maklumkan kemudian berkaitan seksyen apa laporan yang dibuat itu, katanya dipetik Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here