Pasir Gudang, Ogos 10 –
Murid prasekolah Tamil Permas Jaya, Johor telah memenangi empat pingat emas dan sebuah anugerah khas dalam Pertandingan Inovasi Antarabangsa yang dianjurkan oleh Program ‘Go & gif’ Organisasi Perlindungan Alam Sekitar Malaysia dalam talian.
Kira-kira 335 pasukan dari Malaysia, Singapura, India, Indonesia, Korea, Filipina, Kanada, Amerika Syarikat dan seluruh dunia menyertai pertandingan tersebut. Setiap pasukan melakukan inovasi yang berbeza.
Seramai 18 murid-murid dalam lingkungan umur 9 hingga 12 tahun mengambil bahagian dalam 3 pasukan yang berbeza. ‘Egg tray roller cooler box’, ‘ Cocos food carry’, ‘ My fancy recycle’ antara ciptaan yang dihasilkan oleh murid-murid dari tiga pasukan berkenaan.
Di samping itu, ‘Cocoa Peat Pot’ yang dicipta oleh 6 pelajar prasekolah memenangi pingat emas dan menaikan prestasi sekolah di arena antarabangsa. Bukan setakat itu sahaja, murid prasekolah itu dianugerahi anugerah khas iaitu ‘Terbaik antara yang terbaik’ dalam pertandingan itu.
Puan R Vijayalechumy, Guru Besar Sekolah Tamil Permas Jaya, memaklumkan bahawa sekolah yang beroperasi di bawah Program Transformasi Sekolah 2025 telah mendorong murid-muridnya untuk berinovasi dari usia muda dan gembira kerana pertandingan ini merupakan platform yang bagus untuk mempamerkan bakat, potensi serta kemahiran berfikir inovatif mereka.
Pada masa yang sama, aktiviti kokurikulum sekolah berjalan dengan lancar dengan bantuan tenaga pengajar kokurikulum M S P Prakash. Guru besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru- guru yang membimbing murid-murid, Puan Kasthuri (Guru penasihat Pertandingan Berfikir Inovasi), Puan Kalaichelvi, Puan Kanmalar, Puan Suganti dan Puan Moganeswari.
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang memberikan kerjasama mereka atas sumbangan para murid dalam pertandingan. Selanjutnya, guru besar, Puan R Vijayalakshmi, bermotivasi untuk tetap mencapai banyak pencapaian sebegini pada masa akan datang.
Guru besar mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Ibu Bapa Guru dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah atas sokongan mereka dalam banyak aspek yang menyumbang kepada pembangunan sekolah.
.