ADAKAH GARIS PANDUAN BAHARU DALAM KPM MEMBAWA PERUBAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA TAMIL DI TINGKATAN ENAM?

Teluk Intan, Ogos 17-

Bahasa Tamil  merupakan bahasa klasik yang ditutur secara meluas oleh masyarakat Tamil  di India selatan,Sri Lanka, Malaysia dan Singapura.

Bahasa Tamil mempunyai tradisi kesusasteraan yang sukar dilunturkan sejak lebih dua alaf.

Tetapi apa yang amat menyedihkan adalah pengajaran bahasa Tamil di sekolah-sekolah di Malaysia kini menjadi satu persoalan dan amat membimbangkan masyarakat India. Masyarakat India mendukung tanggungjawab untuk membendung masalah sejak awal lagi.

Di beberapa daerah tingkatan enam dimulakan sebagai Kolej Tingkatan Enam dengan syarat seorang guru akan dilantik bagi 15 orang pelajar yang berdaftar untuk mengikuti subjek bahasa ibunda.

Malah terdapat juga daerah-daerah yang mendaftar kurang daripada 15 orang pelajar untuk meneruskan pembelajaran subjek Tamil. Fenomena ini menjadi kerentanan bagi bahasa Tamil untuk terus melanjutkan hayatnya di Malaysia.

Segelintir aktivis tamil memeprsoalkan adakah garis panduan baharu yang telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan Radzi baru-baru ini menjadi suatu kunci memansuhkan kelas tamil di peringkat tingkatan enam di sekolah.

Tidak wajar menolak permintaan pelajar tingkatan enam yang ingin mempelajari bahasa Tamil . Menurut sumber kenyataan, ada juga pihak sekolah turut menasihati pelajar-pelajar India supaya menggugurkan subjek yang tiada dalam jadual kelas mengeruhkan situasi ini lagi.

Bahasa Tamil ialah salah satu bahasa klasik di dunia dengan sejarah yang menjangkaui lebih 6000 tahun dan hasil sastera yang berusia lebih 2000 tahun.  Asal-usul bahasa Tamil sukar untuk mengukur  dan sasteranya secara tepat, namun bahasa ini berkembang dan mekar di India sebagai bahasa berdikari yang kaya dengan sastera.

Menurut Menteri Pendidikan, Radzi Jidin Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyediakan garis panduan baharu bagi permohonan pertukaran guru.

Dalam konteks itu, adakah garis panduan baharu KPM akan menjadi kekangan bagi  pelajar untuk mengambil bahasa ibunda di tingkatan enam. Sebelum ini lagi, kelas Tingkatan Enam hanya ditawarkan di beberapa sekolah sahaja dengan syarat 15 orang pelajar dan ke atas.  

Malah sebuah  sekolah di sesebuah daerah dipilih untuk menjalankan Kolej Tingkatan Enam.

Ibu bapa, guru-guru dan aktivis sosial bimbang bahawa garis panduan pendidikan melantik guru hanya jika terdapat 15 orang pelajar untuk mempelajari mata pelajaran seperti bahasa Tamil dan bahasa Cina dalam tingkatan enamakan menjejaskan pendidikan bahasa ibunda.

Di daerah-daerah seperti Klang, Kuala Langat, Petaling Jaya, Ulu Langat di negeri Selangor, Kolej Tingkatan Enam dijalankan dengan guru Tamil sepenuh masa.

Manakala daerah-daerah lain pula didapati terdapat pelajar kurang daripada15 didaftar untuk  memilih subjek berkenaan. Dengan alasan tidak menepati syarat maka guru tidak dilantik untuk mengajar subjek berkenaan adalah perkara yang diutarakan oleh aktivis sosial dan warga pendidik.  

Warga pendidik menunjukkan rasa tidak puas hati bahawa tidak adil untuk menolak peluang pelajar untuk belajar bahasa ibunda dengan hanya dengan alasan garis panduan pendidikan.

Selain daripada Kolej Tingkatan enam sepenuh masa, kolej-kolej dan sekolah menengah masih mendukung prinsip dan garis panduan sebagai alasan untuk mengugurkan subjek Bahasa Tamil di peperiksaan diabsahkan oleh kementerian pendidikan.

Sejurus dengan itu, tidak ada had masa untuk subjek bahasa Tamil dalam jadual di sesetengah Kolej Tingkatan Enam. Terdapat juga khabar angin bahawa pihak pentadbiran kolej secara tidak langsung menyuntik dalam minda pelajar Tamil supaya tidak digalakkan mata pelajaran yang tiada dalam jadual waktu kelas.

Secara automatik sekiranya tiada guru yang mengajar bahasa Tamil di tingkatan enam, tiada had masa dalam jadual waktu menyumbang kepada ramai pelajar berhenti belajar bahasa Tamil. 

 Bekas Timbalan Menteri pendidikan Dato P. Kamalanathan pernah mengambil beberapa inisiatif untuk menjayakan pengambilan subjek bahasa tamil di sekolah menengah. Warga India masih mengingati sumbangan dan khidmat jasa Kamalanathan untuk melantik guru bahasa ibunda sepenuh masa, had masa bagi bahasa Tamil di jadual kelas, perkenalan buku panduan bagi bahasa Tamil dan sebagainya. 

“Subjek –subjek teras yang lain walaupun muridnya kurang dalam jumlah yang disyorkan masih terus melanjutkan kelas manakala matapelajaran Cina dan India kenapa harus didiskriminasikan?” tegas PKR Ahli Exco Kuala Selangor S Gunasegaran, Bekas Ahli Majlis Daerah R Mohan,  T Thalapathi, aktivis sosial M Velangkanni dan M Anthony.

Pada masa yang sama, K Anpalagan, P Charles, R Winson,selaku aktivis sosial dan Tamil Bagan Dato berkata Tingkatan Enam bukan semudah tahap lain di sekolah menengah.

S Mohandas mengulas Kementerian Pendidikan harus menghapuskan garis panduan dan prinsip yang  menghancur masa depan bahasa ibunda di Malaysia. Guru untuk mengajar subjek Tamil sepenuh masa hanya dilantik  pelajar tingkatan enam hanya di sekolah menengah.

Bekas anggota Majlis Perbandaran Teluk Intan dan aktivis Tamil K Marimuthu, S Annamalai dan aktivis sosial S Nagasakayam berkata bahawa ada juga guru Tamil yang biasanya mengajar tingkatan enam di sekolah turut mengajar pelajar  Tingkatan lima atas sebab semangat dan cinta akan bahasa ibunda.

Penguasaan bahasa Tamil sangat membantu pelajar kita untuk mendapat tawaran masuk ke universiti. Oleh kerana kekurangan guru Tamil sepenuh masa, pelajar di tingkatan enam harus membayar yuran tuisyen bulanan minimum RM100 ringgit untuk mengambil di swasta.

Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti kursus matrikulasi dan Politeknik. Manakala pelajar yang gagal mendapat tawaran untuk kursus matrikulasi dan politeknik mengambil Sijil Tinggi pelajaran Malaysia (STPM) untuk melangkah ke universiti tempatan. Dengan itu, pengambilan subjek bahasa Tamil di peringkat Tingkatan enam menjadi suatu peluang keemasan bagi pelajar untuk mendapat gred yang baik dalam STPM untuk mendapat tawaran ke Universiti. Oleh itu, guru sepenuh masa untuk membimbing bahasa Tamil diperlukan di sekolah Menengah.

Sejurus dengan itu, turut dapat menikmati khidmat pengajaran bahasa Tamil di kolej Tingkatan enam. Kaum india mendukung tanggungjawab yang amat besar untuk mendidik anak-anak sehingga tahap Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) apatah STPM merupakan peringkat yang amat khusyuk bagi seseorang pelajar untuk menentukan masa depan.

“Ibu bapa turut berfokus dalam pembelajaran anak-anak demi pendidikan menjadi tunjang pembangunan bagi kaum India, ujar bekas guru besar serta bekas Pengerusi Pesara Guru Sekolah Tamil daerah Perak Selatan, M Rajagopal, bekas guru besar Pon. Subramaniam, aktivis tamil S Munusamy dan Penyelaras  Persatuan Sosial Sabak Bernam R Harikumar.

Ibu bapa turut memainkan peranan untuk mendesak pihak pentadbiran sekolah dan kolej untuk menawarkan guru bahasa Tamil sepenuh masa untuk anak mereka.  

Parti politik MIC yang mewakili kaum India harus membawa isu berkaitan garis panduan dengan syarat 15 pelajar dalam satu kelas untuk membelajari bahasa ibunda harus diketengahkan.

Parti politik dan organisasi masyarakat perlu membangkitkan suara dengan bersatu untuk pengajaran bahasa Tamil di Tingkatan Enam. Kolej-kolej di rata-rata tempat harus memandang serius isu untuk merungkai kemelut pendidikan di kalangan masyarakat kita.

Pada ketika dahulu, ribuan pelajar India mengambil bahasa ibunda di peringkat STPM. Tetapi hari ini hanya beberapa ratus pelajar sahaja mengikuti subjek bahasa ibunda ini untuk peperiksaan. 

Oleh itu, ibu bapa, guru-guru, aktivis sosial dan Tamil serta  pelajar yang belajar di Kolej Tingkatan Enam atau Sekolah di seluruh negara diminta berganding bahu dan bersemangat untuk tampil untuk melindungi bahasa Tamil yang semakin terkandas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here