Berkuat kuasa 4 September ini, Melaka akan memasuki fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) manakala Negeri Sembilan memasuki fasa 3. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini. Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat oleh Sidang Khas Pengurusan Pandemik Covid-19.
Selain itu, dia juga mengumumkan sidang itu juga setuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa lokasi di bawah program “travel bubble”, berdasarkan syarat yang ditetapkan. Sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September. Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus katanya.

























