Pemandu lori merempuh 5 kenderaan dikatakan memandu bawah pengaruh dadah

Seorang pemandu lori yang dirakam dalam klip video tular kerana merempuh lima kenderaan dan menyebabkan sebuah Perodua Myvi remuk teruk Isnin lepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah.

Ardi Latif, 25, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu kenderaan di bawah pengaruh methamphetamine dan amphetamine serta tidak berdaya mengawal kenderaan tersebut sehingga menyebabkan kecederaan kepada pemandu kereta Perodua Myvi Nik Adlee Saha Nik Ahmad Fauzi, 45, menurut laporan Bernama.

Dia juga boleh hilang kelayakan memandu untuk tempoh tidak kurang tujuh tahun dari tarikh disabitkan kesalahan, jika sabit kesalahan. Majistret Amanina Mohd Anuar membenarkan Ardi diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan lesen memandu tertuduh ditahan sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf. Pada 6 Sept, tular di media sosial rakaman video yang memaparkan sebuah lori tanpa muatan merempuh beberapa kenderaan yang berhenti di lampu isyarat merah. Kemalangan itu menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kuning remuk teruk manakala beberapa kenderaan lain turut mengalami kerosakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here