Drone menghantar vaksin

New Delhi: India sudah menguji mekanisme penghantaran vaksin menggunakan dron pada 4 Oktober lalu. Tribunnews melaporkan dron membawa dos vaksin itu diterbangkan dari Bishnupur ke sebuah klinik kesihatan di Pulau Karang yang terletak di tengah Danau Loktak dalam masa 12 minit saja berbanding empat jam jika menggunakan perahu dan jalan darat.

Pakar dan Ketua Epidemiologi di Dewan Penelitian Medik India (ICMR), Dr Panda memberitahu percubaan itu berhasil dan 10 orang di pulau dihuni 3,500 penduduk itu sudah divaksin. Katanya, Manipur dan Nagaland akan mulai mengangkut vaksin ke kampung terpencil yang biasanya memakan waktu 12 jam melintasi pergunungan dan sungai.

Dron akan digunakan menghantar bekalan vaksin ke kepulauan di India timur, Andaman dan Nikobar yang biasanya mengambil masa lama jika pergi ke situ menggunakan perahu. Kami cuba pastikan tiada wabak di wilayah terpencil yang kurang penduduk dengan melaksanakan usaha pemberian vaksin segera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here