Bekas PM akan dipanggil siasatan

Kuala Lumpur, Feb. 6
Seorang bekas perdana menteri adalah antara individu yang akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung perjanjian kerajaan yang ditandatangani dengan Spanco Sdn Bhd pada 1990an.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, “semua orang yang terlibat” membuat keputusan memberikan kontrak mengendalikan perolehan dan pengurusan fleet kenderaan kerajaan itu akan dipanggil.Ini termasuk perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here