Lelaki lemas cuba selamatkan bapa

Kuala Lumpur: Lelaki ditemui lemas ketika cuba menyelamatkan bapanya yang tergelincir ke dalam sungai di Jalan Klang Lama berhampiran kondominium Avant Court, di sini, semalam.

Komander Operasi, Mohamad Iqbal Zakaria berkata,Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM)Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 11 pagi seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.

Menurutnya, 10 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dengan bantuanPasukan Penyelamatan di Air (PPDA) BBP Jalan Hang Tuah ke lokasi.

“Setibanya pasukan di lokasi, laporan awal daripada bapa mangsa mengatakan mangsa berusia 21 tahun cuba menyelamatnya yang tergelincir ke dalam sungai dan akhirnya mangsa yang lemas dibawa arus.

“Kerja-kerja pencarian oleh unit PPDA dengan jarak tebing ke tengah sungai sejauh enam meter dan kedalaman sungai satu hingga tiga meter, radius pencarian 10×6 meter persegi dengan menggunakan kaedah selaman.

“Mangsa kemudian berjaya dijumpai pada jam 12:59 tengah hari dan diserahkan kepada pihak polis yang berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here