Sambutan ulang tahun kedua Kerajaan MADANI 22-24 November

Kuala Lumpur, Nov-
Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) akan menganjurkan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 pada 22 hingga 24 November ini.

Program diadakan bertujuan memberi ruang kepada rakyat agar lebih memahami usaha dan inisiatif Kerajaan MADANI, serta langkah reformasi perkhidmatan awam yang diterjemahkan untuk manfaat secara langsung kepada rakyat.

Sekretariat 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 dalam kenyataan berkata, progam itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat mengenai hala tuju dan matlamat kerajaan yang berpaksikan kepentingan rakyat.

Katanya, melalui laporan berkala mengenai status pelaksanaan yang diambil kerajaan, program ini menggalakkan ketelusan dan memperkukuh kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here