Hampir 290,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran – Nancy

Kuala Lumpur, Dis-
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.

Beliau berkata, hingga 31 Okt lepas, seramai 289,161 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran iaitu 26,878 orang lebih ramai berbanding 262,283 pada tahun Alepas.

“Secara positifnya, ini memberikan petanda baik iaitu lebih ramai ibu bapa ada kesedaran untuk mendaftarkan anak sebagai OKU Pembelajaran dan ini akan membantu menghapuskan stigma berkaitan anak OKU,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan 2024, di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here