Pelbagai kesatuan sekerja, lebih baik untuk rundingan gaji, kata Santiago

Kuala Lumpur, Dis 8.
Seorang bekas Ahli Parlimen berpendapat pindaan kepada Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang membolehkan kepelbagaian kesatuan sekerja, mampu memanfaatkan pekerja dari segi rundingan untuk gaji lebih tinggi dan pengagihan saksama pendapatan syarikat.

Charles Santiago, bekas Ahli Parlimen Klang, memetik pengalaman positifnya sendiri di Indonesia, di mana kepelbagaian kesatuan sekerja di sebuah kilang mempertingkatkan kecekapan.

“Akibat kewujudan dua atau tiga kesatuan sekerja di kilang itu, persaingan diwujudkan antara kesatuan-kesatuan yang memperjuangkan hak terbaik untuk pekerja, termasuk dari segi pampasan pekerja, bayaran lebih masa, perlindungan terhadap diskriminasi dan sebagainya,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, kekurangan kesatuan sekerja di negara ini antara punca penggajian kekal rendah sehingga hari ini.

“Hanya dengan lebih banyak keahlian kesatuan sekerja lah boleh berlaku rundingan dan tuntutan untuk gaji lebih tinggi. Jika tidak, majikan akan menganggap mereka betul (mengenai gaji dibayar),” katanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here