33 Ditahan Dalam Operasi Sarang Khas IPD Papar

Seramai 33 individu berjaya ditahan dalam operasi Op Sarang Khas yang dijalankan disekitar daerah ini, semalam.

Operasi membabitkan seramai 60 anggota dan pegawai itu, dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, IPD Beaufort dan IPD Keningau serta IPD Tuaran.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, operasi dijalankan dengan menumpukan kawasan ‘hotspots’ aktiviti dadah yang dikenalpasti di daerah Papar.

Katanya, sepanjang operasi berkenaan, seramai 70 individu diperiksa dan membawa kepada penahanan 33 individu membabitkan kesalahan Akta Dadah Berbahaya 1952

“33 orang ditahan selepas didapati positif dadah dan disiasat Seksyen 15(1) ADB 1952, manakala tiga lagi ditahan mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952.

“Dalam pada itu, polis turut berjaya merampas kira-kira 22.10 gram dadah jenis syabu,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here