CALON TERDESAK DI KUALA PENYU PERLU DI AWASI

Pelbagai taktik dan strategi besar kemungkinan akan dilakukan pihak tidak bertanggunjawab dalam masa sehari dua sebelum hari pengundian diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu minggu depan.

Keghairahan untuk memancing undi dengan pelbagai cara seolah-olah tidak lagi dapat dielakkan khususnya bagi calon yang mempunyai sumber kewangan yang banyak.

Situasi itu bukan sahaja menjadi kebimbangan calon-calon lain yang bertanding malah rakyat biasa di bawah yang bakal memberi mandat baharu kepada calon pilihan mereka.

Tidak cukup dengan kedatangan beberapa menteri persekutuan dan negeri untuk membantu kempen, timbul sudah khabar angin mengenai kemungkinan “pembelian” undi dilakukan dengan meminta pengundi mengambil gambar undi kertas undi mereka dan dibayar dengan sejumlah wang oleh calon/wakil calon yang terlibat.

Jika ini berlaku ia sudah tentu menyebabkan rasuah politik akan berlaki dan keadaan di hari pengundian mestilah dikawal rapi oleh pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di semua pusat pengundian dijalankan. Ini termasuklah tidak membenarkan pengundin membawa gadget telefon mereka ke kotak peti undi. 

” Jika tidak diawasi perkara ini rasuah politik akan berlaku dan ini mencemarkan proses demokrasi kita” jelas seorang pengundi. 

Sewajarnya pemantauan dan pemerhatian berterusan petugas-petugas di semua pusat pengundian yang lebih ketat akan dapat menghindari elemen negatif sedemikian dari berlaku.

Selain itu, terdapat juga desas-desus cubaan pihak tertentu bakal berlaku pada dua malam terakhir sebelum hari pengundian untuk menaburkan wang semata-mata untuk memancing undi.

“Taktik kotor ini mungkin berlaku jika ruang tersedia untuk pihak-pihak yang tidak bertangjawab merealisasikan hal tersebut,” kata seorang penganalisis politik.

DUN Kuala Penyu ini sentiasa menjadi tumpuan dan perhatian ramai ekoran penyandang Adun kawasan ini sangat dikenali dengan sumber kewangan yang berlebihan.

Di tengah-tengah persaingan dua calon kerajaan yang berbeza pendapat dan “kiblat”, calon Bebas yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Beaufort boleh memberi cabaran dan kejutan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here