Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 15,549 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 2,082,876 kes setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak mencatat jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,929 kes.
Ini diikuti oleh Johor (2,208), Selangor (1,995), Sabah (1,395), Pulau Pinang (1,375), Kelantan (1,214), Perak (1,120), Kedah (1,073), Terengganu (755), Pahang (634), Kuala Lumpur (382), Melaka (263), Negeri Sembilan (131), Perlis (33), Putrajaya (31), dan Labuan (11).