Lupa tarik brek tangan-Kereta ditenggelami air laut

Melaka, Okt 30.
Sebuah kereta Volvo milik seorang warga Bangladesh ditenggelami air pasang di Pantai Klebang, Melaka akibat terlupa menarik brek tangan.

Ketua Polis Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, kejadian kira-kira 5 pagi tadi itu berlaku ketika lelaki 38 tahun terbabit ke pantai berkenaan untuk berehat, dia kemudian terlelap dan terlupa menarik brek tangan.

Dia hanya tersedar selepas keretanya menggelongsor ke kawasan tambak lalu tersangkut dalam pasir dan tidak dapat bergerak.

Tidak lama selepas itu, air pantai mulai pasang sehingga menyebabkan separuh keretanya ditenggelami air sebelum dia cuba mendapatkan bantuan trak tunda, katanya.

Beliau berkata, warga asing itu meninggalkan keretanya di lokasi kejadian kerana tiada wang membayar kos penundaan.

Katanya, lelaki itu mempunyai lesen memandu dan kereta berkenaan tidak terbabit sebarang kes jenayah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here