Pengunjung Kuil Batu Caves gagalkan cubaan ragut rantai leher

Kuala Lumpur, Jan 26.
Seorang wanita warga asing ditahan selepas gagal meragut rantai leher dipakai seorang pengunjung Kuil Batu Caves yang hadir ke situ untuk sambutan Thaipusam, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di tepi jalan besar berhampiran kuil terbabit ketika mangsa, seorang wanita warga emas berusia 64 tahun sedang berjalan kaki bersama dua cucunya berusia 17 dan 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata semasa tiba di tempat kejadian, seorang wanita warga asing menolak badan mangsa dan cuba menarik rantai leher dipakai mangsa.”Ketika kejadian, terdapat saksi awam yang melihat perbuatan suspek dan saksi menjerit menyebabkan suspek melepaskan rantai leher yang ditarik namun rantai itu terputus dan jatuh di atas jalan. “Suspek yang berusia 45 tahun cuba melarikan diri namun ditahan dengan bantuan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Ariffin berkata permohonan tahanan reman ke atas suspek akan dimohon di Mahkamah Majistret Selayang pada hari ini bagi tujuan siasatan lanjut mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.Dalam pada itu, katanya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan polis.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Yap Chin Chua di talian 019-996 9469 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

“Kita menasihatkan orang ramai agar lebih berhati hati dan berwaspada dalam menjaga keselamatan harta masing-masing semasa mengunjungi serta merayakan Thaipusam di Kuil Batu Caves,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here