siasatan demo #Lawan : Polis mengenal pasti 29 individu – IGP

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan polis telah mengenal pasti 29 individu dalam siasatan berkaitan perhimpunan #Lawan yang diadakan di Dataran Merdeka semalam.

Katanya, individu yang mengambil bahagian akan disiasat bawah Akta 342 dan Peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempat jangkitan 2021 serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan undang-undang lain.

“(Mereka) akan dipanggil untuk melengkapkan kertas siasatan, manakala beberapa individu lain masih dalam proses dikenal pasti daripada rakaman video dan gambar.

“Kesemua individu yang terlibat diminta memberikan kerjasama dalam siasatan penganjuran perhimpunan tersebut,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Acryl juga berkata 20 laporan polis telah difailkan ekoran perhimpunan tersebut.

“Polis sebelum ini telah beberapa kali memberi peringatan supaya semua pihak mematuhi prosedur operasi standadard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi keselamatan orang ramai serta menyeatakan pendirian bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang sengaja melanggar SOP.

“Sikap penganjur dan peserta yang berdegil untuk mengadakan perhimpunan walaupun telah diberikan nasihat agar mengutamakan keselamatan kesihatan merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Lebih-lebih lagi dalam situasi semasa ketika penularan wabak Covid-19,” katanya lagi.

Semalam Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim juga mengesahkan pihaknya sedang menyiasat perhimpunan ‘#Lawan’ itu. Pada 31 Julai, jam lebih kurang 10.30 pagi, dianggarkan seramai 450 orang berkumpul di Dataran Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

“Pada jam lebih kurang 11.30 pagi, kumpulan tersebut telah berarak melalui Jalan Tun Perak menuju ke Jalan Raja Laut sambil membawa kain rentang yang ditulis ‘Kita mati dalam derhaka’, ‘#Keluar dan lawan’, ‘Lawan koruptor’ dan lain-lain lagi.

“Perhimpunan ini berlangsung dalam tempoh lebih kurang dua jam, ” katanya. Azmi berkata polis juga menerima laporan mengenai video tular berdurasi 14 saat memaparkan perarakan beramai-ramai di sebatang jalan dan didakwa berlaku di Kuala Lumpur.”Semakan polis mendapati, kejadian tesebut tidak berlaku di Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here