SINDIKET PENGEDARAN DADAH BERJAYA DISERBU DI LEMBAH KLANG

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur telah menjalankan satu risikan selama satu bulan ke atas satu sindiket dadah yang aktif dikawasan Lembah Klang. Mengikut tindakan tersebut, pihak Polis telah menjalankan satu operasi pada 4 Ogos 2021, jam lebih kurang 3.20 petang.

Tiga orang  lelaki warga tempatan dan dua orang wanita warga asing berusia dalam lingkungan 20 hingga 55 tahun, ditahan di sekitar Lembah Klang.

Ketua sindiket ini merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 55tahun telah ditangkap bersama anak lelakinya yang berumur 29 tahun yang didapati menjalankan aktiviti pengedaran dadah berkenaan, kata YDH ACP Sahar Bin Abd Latif, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur.

Pasukan  polis turut membuat serbuan di tiga lokasi berbeza yang terletak di Pudu Ulu, Cheras, Kuala Lumpur dan Puchong, Selangor. Hasil serbuan dan pemeriksaan tersebut, pihak Polis telah berjaya membuat rampasan sejumlah RM 1,279,523 dan wang tunai sebanyak RM 3,420.00.

Hasil siasatan awal, pihak Polis mendapati kedua-dua buah premis tersebut dijadikan sebagai tempat penyimpanan dadah dan disewa selama 4 bulan oleh lelaki warga tempatan dengan anggaran bayaran sewa RM 2,150 hingga RM 2,200 sebulan.

Dua suspek didapati negatif dadah dan tiga suspek lagi didapati positif Methamphetamine setelah diuji. Manakala, hasil semakan mendapati satu suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Kesemua suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. Tahanan direman lima hari bermula 5 hingga hingga tujuha harri iaitu selama 11 Ogos.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Dengan tangkapan ini, pihak Polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi oleh warga tempatan yang dipercayai aktif  di sekitar Lembah Klang.

Jumlah keseluruhan rampasan dadah tersebut mampu menampung penggunaanseramai 21,540 orang penagih dadah. Nilai rampasan dadah RM 1,279,523, nilai rampasan sitaan wang tunai RM 3,420 dan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan RM 1,282,943

   

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here