Kangar, Mei-
Anak kepada Menteri Besar Perlis, Mohd Syafeeq Mohd Shukri, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu RM19,505.10.
Tuntutan berkenaan berkaitan perkhidmatan menyediakan minuman untuk kegunaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Februari lalu.
Tertuduh yang juga pemilik syarikat mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.